Resepi Merak Emas

Wednesday, June 20, 2007

REQUIREMENTS: (For 12)
UTENSILS:
1 Steam-boat unit (I use an electric Steam-boat)
2 large stock pots
4 Chinese soup ladles (12 preferred)
6 Chinese wire "basket spoons" (12 preferred)
12 Chinese soup bowls
12 small Chinese plates (for placing ladles and wire spoons)
12 small Chinese condiment saucers
12 Chinese soup spoons
12 pairs of chopsticks

STOCK INGREDIENTS:
1kg (2.2lbs) chicken carcasses
2 medium onions - peeled
1 piece fresh ginger (approx 5cm/2" long) - bashed slightly, using back of a cleaver
2 cloves garlic - peeled and lightly bashed (optional)
Salt & pepper to taste
A few sprigs Chinese celery

Stock Preparation:
Place chicken carcasses in a large boiler.Fill with enough water to cover the bones.Add onions, ginger, garlic, salt and pepper.Bring to the boil and simmer for about 2 hours.Strain the stock into another large pot and discard the bones, etc.Add more salt and pepper if necessary.

MAIN INGREDIENTS & PREPARATION:

1kg (2.2lbs) fillet steak - cut into thin strips -marinated with: (optional)
1 tsp sesame oil
2 tsps cornflour1 tbsp rice wineSalt and pepper
1kg (2.2lbs) fresh cod fillets (or any firm white fleshed fish) - cut into bite-sized pieces -marinated with:
(optional)
1 tbsp light soy sauce1 tsp sesame oil
2 tbsps sherry
2 tsps cornflourSalt and pepper

1kg (2.2lbs) med-sized fresh green prawns, shelled and de-veined -marinated with:
(optional)
-2 tsps sugar1 tbsp sherry1 tsp sesame oil
3 tsps cornflourSalt and pepper


1kg (2.2lbs) chicken breast meat, skinned and cut into thin strips - marinated with:
(optional)
-2 tsps cornflour1 tbsp rice wine
1 tsp sesame oil
Salt and pepper

500gms (1lb) squid tubes (calamari) - Prepare Squid
30-40 hardboiled quails' eggs
500gms (1 lb) fish balls
500gms (1 lb) prawn balls
Assorted vegetables,
eg:Wong bok (Chinese cabbage) - washed and cut into bite-sized piecesEndive - stem discarded, leaves washed and drainedSnow peas, topped and tailedChinese mushrooms - soaked and cut into bite-sized piecesCanned baby cornBaby Bok Choy - washed and quarteredChinese Chilli Dipping Sauce (see recipe under "Miscellaneous")

COOKING INSTRUCTION:

This is the fun part! Place the steam-boat in the middle of the dining table.Pour in enough stock to 3/4 full and turn on the heat.Place the assortment of meats and vegetables in individual serving trays around the Steam-boat.Don't forget the Chilli Dipping Sauce!When stock starts simmering, everyone cook their own serve in the steam-boat.They can dip their food in their chilli sauce if so desired.Just keep topping up the stock as needed.

Friday, May 25, 2007

Mashed potatoes dan Closlow

1.5 kg kentang (Kupas kulit) dan potong setara
250gm butter (thaw)
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan butter dalam kentang dan leyek .
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. Susu akan buat mashed potatoes lebih fluffy dan lemak.

Gravy
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter (kalau tak ada boleh aje gunakan minyak masak biasa)
3 sudu tepung (tepung jagung yang terbaik)
2 cube ayam
lada hitam/sulah
2 cawan air
1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang. Biarkan dia caramelized. Kasi hangus-hangus sket.
2. Masukkan tepung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai warna gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata . Kalau tak rata pun biar aje la.
4. Pecahkan cube ayam dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat. Tambah air. Kalau terlalu cair. Masukkan sesudu mashed potatoes di atas.
6. Kacau rata. Tutup api. Masukkan kuah dalam blender. Blender sampai tak berketul. Hidangkan bersama mashed potatoes.
7. Memang lebih berperasa daripada mash potatoes tu. Kalau masin tak kisah sangat.


Coleslow
Separuh Kobis saiz sederhana (Ricik halus, Sagat menggunakan sagat pisau, atau msukkan dalam food processor)
Sebatang karot ( potong sekecil yang mungkin.)
secawan susu segar
3 sudu gula
secubit garam
serbuk lada hitam ( secukup rasa )
celery seed (optional)
250 ml mayonaise

cara-cara
1. Campurkan kobis dan karot dalam satu bowl yang besar.
Masukkan mayonaise. Gaul rata.
2. Masukkan susu, gula, garam dan serbuk lada hitam dan 3 cubit celery seed.
3. Kacau rata. Kalau suka yang kurang manis, kurangkan gula dan rasa sampai dia terasa seperti coleslow. (ahahaha)
4. Sejukkan sebelum hidang.
5. Kalau tak suka karot. Boleh gantikan dengan kobis merah.

Rojak sotong kangkung

bahan-bahan:

Seekor sotong rendam
2 biji timun
1 biji sengkuang
seikat kangkung segar
250 gram gula apong / gula melaka
1 sudu teh rempah lima
5 tangkai cili kering dikisar halus
kicap masin
1/2 cawan tepung jagung (bancuh dengan semangkuk air sejuk)
1 cawan kacang tanah(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 cawan biji bijan (digoreng tanpa minyak)

cara-cara:

Kuah
Panaskan kuali
Masukkan gula apong dan cairkan menggunakan api kecil.
Masukkan rempah lima dan kicap masin.
Kacau hingga sebati. Masukkan air sejuk dan biarkan mendidih.
Masukkan tepung jagung. Kacau dan pastikan ia mencapai tahap kepekatan yang dikehendaki.
Sekiranya terlalu pekat, tambahkan air lagi.

Ulam
Potong timun dan sengkuang berbentuk baji
Didihkan air. Celur sotong rendam 5 minit dan potong.
Celur kangkung dan potong

Masukkan timun, sengkuang, kangkung dan sotong ke dalam bekas. masukkan kuah rojak dan gaul hingga sebati. Taburkan biji bijan dan kacang tanah. Selamat mencuba.

Thursday, May 24, 2007

Manok(Ayam) Pansoh

Bahan-bahan:

Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam dipotong 10
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Sebiji cili besar
2 sudu tempoyak (kalau suka)
Garam
Sedikit serbuk perasa
Secekal pucuk ubi diramas.
1/2 cawan air

Cara-cara:
Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)
Bersihkan buluh
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat
Bersihkan ayam
Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan pucuk ubi.
Pastikan rasa garamnya bersesuaian dengan selera anda.
Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
Jangan hentak buluh.
Masukkan air.
Tutup muncung buluh dengan sekepal pucuk ubi.
Bakarlah di atas bara api seperti mana kita membakar lemang.
Bakarlah sehingga masak.
Pucuk ubi yang dijadikan penutup buluh tadi boleh dijadikan ulam atau dimakan bersama Manok Pansuh.

Wednesday, May 23, 2007

Ambal Merak emas

Ambal adalah sejenis siput yang hidup di pantai yang berlumpur dan boleh didapati di pesisir pantai negeri Sarawak. Rasanya cukup istimewa. Memandangkan hanya di beberapa kawasan sahaja spisis siput ini boleh didapati, menyebabkan harganya mahal. Sebelum memasaknya, pastikan ambal direndam dan dicuci dengan bersih untuk membuang pasir-pasir yang mungkin terperangkap dalam kulitnya. Berikut adalah salah satu cara untuk memasak ambal.
Bahan-bahan:
1 kg ambal
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili besar
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili Benggala hijau
Seikat daun bawang
3 sudu besar Sos tiram
1 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan semangkuk air sejuk)
cara-cara:
Hiris halia dan cili besar memanjang.
Bawang putih dan bawang merah dihiris nipis.
Buang biji Cili benggala dan potong segiempat kecil.
Panaskan kuali.
Masukkan halia dan biarkan sehingga warna perang muda.
Masukkan bawang putih.
Masukkan bawang merah.
Masukkan cili besar.
Setelah semua bahan naik bau, masukkan ambal yang telah dibersihkan.
Tutup dan kacau sekali sekala. Biarkan kira-kira 3 minit.
Masukkan sos tiram, cili benggala dan kacau.
Masukkan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat.
Akhir sekali, masukkan daun bawang yang telah dipotong 1 1/2 inci panjang, gaul dan angkat.
P/s Sesuai dihidangkan untuk makan malam.

Daging Masak Kicap istimewa

Bahan-bahan:

500 gram daging dihiris nipis
10 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Minyak masak untuk menumis
sebungkus rempah tumis cap Unta(boleh dikurangkan jika suka)
1 inci halia
kicap manis
kicap masin
sos tiram

Cara-cara membuatnya.

Bawang besar dihiris nipis. Kemudian goreng sehingga perang.
Asingkan dan biarkan sejuk. Blend setelah sejuk.
Halia, bawang merah dan bawang putih dihiris nipis.
Panaskan kuali. Masukkan 2 sudu besar minyak masak. Tumiskan halia.
Masukkan rempah tumis apabila halia sudah naik bau dan berwarna perang.
Masukkan bawang putih.
Masukkan bawang merah. Tumis sehingga naik bau dan berwarna perang keemasan.
Masukkan daging dan kacau.Tutup.Kacau sekali sekala supaya daging masak rata.
Apabila air daging telah kering, tambahkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.Tutup dan biarkan beberapa minit. Kacau.
Apabila kicap telah serap, tuangkan segelas air sejuk. kacau dan tutup. Biarkan daging masak dan empuk.
Akhir sekali, masukkan bawang besar goreng yang telah diblend halus. Kacau. Sekiranya inginkan kuah, tambahkan sedikit lagi air. Taburkan daun bawang di atasnya semasa menghidang. Selamat mencuba.


Tuesday, May 22, 2007

Kerabu Tenggiri Rebus

Bahan-bahan
Seekor ikan tenggiri kecil

150 gram kobis bulat
150 gram lobak merah
2 biji cili besar
2 biji cili padi
2 biji bawang merah
garam secukup rasa
sesudu teh perahan limau Kasturi

cara-cara:
1. Siang dan rebus ikan sehingga masak
2. Asingkan isi ikan dan racik halus.
3. Kobis, lobak merah dan cili merah dihiris halus memanjang.
4. Bawang merah dan cili padi dititik halus.
5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
6. Gaul hingga sebati dan hidangkan.